Ada sorang kawan Fisha ni….nak mohon keje….biasenye ramai yang mohon keje menggunakan surat dlm bahasa inggeris….tapi, mungkin kali ni kawan Fisha ni nak mohon keje dengan kerajaan…so, lebih sesuai gunakan surat dalam bahasa melayu laa…..Fisha nak kasi dia contoh surat dlm bahasa melayu pun takde….jadinya, Fisha search je kat internet ni….Alih2 yang Fisha jumpe….surat yg buat Fisha gelak sampai nak terguling…hehhehe….
Ini antara contoh surat yang Fisha jumpa….
Mohd Nurul Nizam
Kampung Demit
Kubang Kerian
Kelantan (rumah bapa saudara)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Nurul Nizam no k/p 821021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saye juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saye bekerja disini.
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saye adalah seorang
ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saye bekerja saye serta
merta akan menyuruh bapa saye membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saye bekerja disini.Itu saja keotaian saye.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saye akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saye sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002
(MLVK)& Sijil Kejuruteraan Auto motive (Tahap 1&2) dari Institut latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia
4. Pengalaman kerja
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)
Staff pejabat di Gesundheit
Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saye tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saye ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saye berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saye berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saye tak tipu nie. Walaupun saye pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saye akan insaf juga jika saye dapat kerja ini. Saye tidak akan hisap ganja lagi jikalau saye dapat kerja disini. Sekiranya saye didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saye sahaja. Untuk makluman tuan saye sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saye akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saye juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saye nak mencuri saye akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saye pun dah penat menulis segalanya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saye bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Nurul Nizam)
Kampung Demit
Kubang Kerian
Kelantan.