Every Beat of My Heart……

August 31, 2007

Merdeka!!!

Filed under: Aktiviti Harian....

Alhamdulillah…..hari ini kita menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-50…..patriotik lak Fisha ari nih kan…..emoticon Fisha bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia…bukan saja lahir…malahan membesar di bumi bertuah nih….Fisha sangat bangga di lahirkan sebagai anak Malaysia…

Hmm..meh kita imbas serba sedikit tentang kemerdekaan negara…..
read more …

August 30, 2007

~Separuh Hidupku~

pernahkah selama ini
ku berhenti mencintaimu
pernahkah kau mendengar
ku tak ucap sayang padamu….emoticon

di setiap detak jantung
ku selalu sebutkan namamu
cintamu telah membuat hatiku 
terukir jelas dirimu…

engkaulah jiwaku
engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
hanyalah dirimu
yg membuat segalanya indah….

bilakah yang kurasa
semua itu akan abadi
kan kulakukan segalanya
agar ku dapat cintamu

ku sayang dirimu
ku jaga hatimu
di sini tempatmu di sisiku…..
tetap ku terjaga 
dalam tidurku memikirkanmu….

 

Separuh Hidupku….lagu dari Ttdj…..aduhhhh…pertama kali terdengar lagu ni kat web radio…..fisha dah jatuh hati…hehhehehe…besttttttt! Malam ni je…dah dekat 20x dengar lagu nih….emoticon Suke la lirik lagu nih sgt2……Mula2 tadi ingat takmo post lah lirik ni kat sini….tapi hati ni mcm memberontak….nak gak post….apesal ekkkk….hahhahhaa……

Lagu ni Fisha tujukan khas buat seseorang yang selalu membuatkan hati Fisha tenang….bile sebut nama je pun…dah boleh buat Fisha senyum sampai telinga…..hahhahahhaa….Pertama kali terdengar lagu ni je…terus Fisha tingat org itewwwww…..hik hik hikkkkkk…….

Tak tau lah dia akan baca atau tak tulisan nih…hehehhehe….tapi yang pentingnya…..lagu ni…..utk dia…..orang yang sempat buat Fisha tenang dan tersenyum waktu Fisha dalam sedih dan gundah kerana masalah2 yang tak henti2 melanda akhir2 ini……Hati jadi sedikit lapang….bila Fisha dengar kata2 perangsang dari dia……Fisha nak ucapkan terima kasih tak terhingga kerana sudi berada bersama2 Fisha..waktu sedih, gundah, gelisah dan juga gembira….I really appreciate it! emoticon

 

August 29, 2007

Bicara Hati Luka…..

Tiada lagi indah
Selain dari seksa dan gundah
Ibarat patah sayapku
Terbang jua mencari arah
Moga kan ketemu bahagia
Biarpun hati luka bernanah…..

Ku kutip sisa-sisa janji
Yang kau lemparkan…
Biarpun pedih
Ku terima jua…
Tetap bersarang di mindaku…
Bagaimana bisa kau begini
Menyulam manik-manik
Dari airmataku..
Untuk kalungan
Buah hatimu…….

Mampukah mengerti kekasih?
Betapa cinta rumah igloomu
Nyaman dan cantik..
Nun jauh di kutub sana..
Namun andainya di pindahkan ke arabia
Ia kan mencair dan hilang sekelip mata….
Tatkala mentari memancarkan cahaya……

August 27, 2007

Bangkok Tomyam…

Petang semalam…Fisha dan sepupu gi makan kat Bangkok Tomyam…..tak plan nak gi makan kat situ….tapi cari2 takde tempat lain yang nampak mcm menarik….so berhenti makan kat situ aje lah….kat sana kitaorg makan nasi dan berlaukkan daging merah, kailan ikan masin, telur dadar goreng dan tomyam campur…Minuman lak….jus belimbing dan teh ais……emoticon Ni ada sket pic Fisha sempat snap…..

 

Nih dia minuman kitaorg…jus belimbing dan teh ais….

 

Ni gambo makanan….sehidang….emoticon 

 

My lil sis - tied-a-knot dayy…

25 August 2007…..Hari pertunangan antara adik cute Fisha….Hally…ngan Raje….Fisha turut dijemput…tapi atas hal2 yang tak dapat dielakkan…tak dpt pegi…..Pertunangan berlangsung di rumah Hally sendiri di Klang……Kak Fisha doakan Hally dan Raje cepat bertemu jodoh sampai ke jinjang pelamin ye….Insya Allah…kalau kenduri kawen nanti…Kak Fisha datang….Ni ada beberapa pic menarik sekitar majlis…pic2 ni kat rumah Hally…..

Gambar barang2 hantaran kat bilik Hally…..

Cantik kan perhiasan kat bilik nih…..

 

Gift untuk para tamu….cantik…..

Bagi yang tertanya2 nape Fisha tak letak pic org yg bertunang tu….heheee…ini adalah permintaan dari dia sendiri….so tak dpt lah Fisha nak upload kat sini…..kita tgk pic2 sekitar majlis dah la…hehhee….nanti kalau ada lagi pic2 yang cantik…Fisha tambah lagi ye….. 

Sekeping Hati….

luka sekeping hati,
sukar untuk diubati,
parutnya kekal abadi,
akan kubawa hingga ku mati,

bicara sekeping hati,
andai aku engkau lukai,
sakitnya tidak terperi,
berbisa bagai nak mati,

namun, ketabahan sekeping hati,
mampu untuk menempuhi,
biar sering disakiti,
itulah kemampuan sekeping hati…

Makan….akhirnye..

Dah 2 ari tak menentu makan Fisha…..most of the time kira tak makan la…..bertahan dgn biskut dan air je….semalam..lepas balik keje ingat nak tido je…tetiba ada kawan ajak makan……siap belanjeeeee lagikkk..wahhhh….dan mmg pada masa yang sama…Fisha rasa…perlukan orang utk berbicara..jadi Fisha kuar jugak..walaupun badan rasa letih….

Sebab ujan….kitaorg gi McD kat Gurney je…..Fisha minum ice lemon tea…..makan nugget dan fries……Lama gak kat situ..sambil sembang2…dekat 2 jam….Sekurang2nya…..hati lebih tenang lepas balik tuh……

 

Sedih2 pun sempat amik pic lagikkk…..hahahhaa…..Ni chicken McNuggets…

 

Fries…masa sibuk snap pic nih..kawan Fisha tanya…nak makan ke nak amik pic….kekekekkee……

 

Hehehehhe….ice lemon tea nyee….kawan Fisha kata…tak leh minum Pepsi atau Coke..sebab tak makan….hehehee….

Ok tu je lah laporan pi kuar makan ari Sabtu…hehehee..takde idea dah…..emoticon 

August 25, 2007

Miserable Day!

Filed under: Aktiviti Harian....

Hari yang kelam kabut….dan serba tak menjadi…..itu lah hari ini…..Mcm2 yang jadi…semuanya kelihatan serba tak kena…..Bermula dgn konsentrasi yang hilang waktu keje tadi…byk mistake yg berlaku..sib baik Fisha sendiri yg sedar..adehhhhh….emoticon

Pehtu petang sket…..Fisha tertinggal kunci kat dlm opis…..pintu tu lak auto lock….adehhhhh la…..terpaksa la call colleague yang tak keje ari ni….dan terpaksa la jugak dia dtg ke opis semata2 nak bukak pintu je….Mesti geram dia dlm hati kan…sorry kak…..emoticon

Seterusnya….tadi dlm kul 6ptg…Fisha kuar jap dari opis….ke rumah lecturer…nak amik material…..dah la Fisha salah jalan…masa nak reverse kete tu….tak sedar tayar kete belakang dah masuk longkang!!! Ramai lak yang datang tolong angkatkan kete lakssss….emoticon  Malu bangetttt la Fisha tadi……hahhahhaa…….

Ari ni..masih lagi Fisha tak lalu makan….pagi makan 2 keping biskut dan mineral water….tghari…ada yg belikan makanan…tapi Fisha tak makan pun….sampai la dah dekat kul 8 malam….cuba nak makan….tapi tak lalu gak…last2 Fisha cuma makan lauk je….ikan….hhehehe…mcm kucing….

Kul 10.30 malam baru la Fisha sampai umah…..letih…..kepala masih lagi berdenyut2….Ada gak rasa lapar…tapi tak leh nak masuk la makanan….Fisha minum Vico je ehhhh….emoticon 

~Getaran Cinta Dijiwa~

Di hatiku cinta berbunga
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanyalah dirimu sayang

Namun jauh di sudut hati
Mungkinkah kau daku miliki
Tak ingin daku bersendiri lagi
Kehilanganmu oh! kasih
Tak sanggupku menghadapi
Tuhan sesungguhnya
Kau lebih mengerti

Pedih… menyaksikan dikau dan dia
Pilu… airmata kasih mengalir di pipi
Hampa… impianku luka berdarah
Ke mana harusku bawa hati yang kecewa
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpiku
Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya ku menyintaimu

Ku luahkan perasaanku
Yang terpendam di dalam kalbu
Ku tulis lagu
Dengarkanlah getaran cinta di jiwa

Seandainya dikau mengerti
Katakanlah pada diriku
Siapakah yang ada di hatimu
Telah sekian lamanya
Kau bertakhta dalam jiwa
Setiap ketika rinduku untukmu……

 
Hmmmmmm….layannnn…lagu liza hanim nih……best……Mija….den layan bluessssss……

 

August 24, 2007

Tika dan Saat Ini….

Filed under: Aktiviti Harian....

Hari ni…Fisha gi dan balik keje dengan taxi…..Kepala masih pening….sebab tu tak drive…..Makanan yang masuk dlm mulut ni pun hanya 3 keping biskut dan segelas nescafe…..tu pun rasa mcm payah nak jamah…..Lunch time..kawan Fisha gi beli nasik utk Fisha….tapi sudahnya Fisha tak makan pun..sampai la bawak balik umah malam nih…..perut tak rasa mcm lapar….So, Fisha minum Vico je la malam nih..buat alas perut..

Sampai je umah….Fisha terus bergegas ke tuition….kelas ni tak dpt nak cancel….terpaksa jugak Fisha pegi…..Walaupun konsentrasi tak seratus peratus….Fisha gagahkan jugak…demi tugas….

Malam ni…dah kurang sket sakit kepala…mungkin kesan dari panadol yang Fisha amik tadi…..tapi mata masih sakit….Alhamdulillah…badan tak rasa lesu sgt macam semalam….Moga2 semuanya lebih baik…hari esok….Moga2 fikiran lebih tenang….Moga peristiwa ni…mematangkan Fisha….

Zahir tak terucap….

Filed under: Luahan Hatiku....

Hari ni….sesuatu yang dah Fisha simpan selama 4 thn…akhirnya terungkap jugak……Tak pernah ada dlm fikiran Fisha….nak ungkapkan kata2 mcm tu….Selama ni Fisha simpan semuanya….tutup rapat2 dlm hati…..mcm takmo letgo semua tu dari diri Fisha……dan mungkin ini lah akibatnya……Orang lain dah lebih dulu…..hmmmmm….mungkin jugak….who knows……

Mungkin kerana terlalu tension….tertekan…menyebabkan Fisha mampu bersuara sebegitu tadi…..Berdegup kencang jantung ni waktu tuh…Allah je yang tau….. Fisha selalu assumed yang orang tau semua…..tak perlu kasitau apa pun….itu mistake Fisha…

Memang setiap yang berlaku tu..sebenarnya, ada hikmah tersendiri kan? Dengan apa yang berlaku nih….Fisha tiba2 tersedar….what went wrong….Apa yang Fisha tak lakukan…dan apa yang Fisha dah lakukan…. Apa yang Fisha patut buat dan sedar dari dulu…..Masa yang panjang ni…..Fisha biarkan berlalu pergi gitu je……

Byk sebenarnya….perkara yang Fisha patut buat dari dulu….tapi tak pernah terfikir…Fisha hidup mcm air mengalir…..follow flow je…..tak fikir2 apa pun…..Semuanya mengikut je…tak tegas dlm hidup….Mungkin itu lah yang salahnya….mungkin tu semua lah yang menyumbang ke arah masalah mcm nih….SALAHKAH FISHA???

Mak…

Filed under: Luahan Hatiku....

Waktu2 mcm nih…tingat sgt kat arwah mak…kalau lah dia ada sekarang dgn Fisha…..pastinya Fisha lebih tenang…..tak serabut mcm nih……emoticon Pasti Fisha takkan rasa keseorangan mcm nih..walaupun mungkin tak dpt nak ceritakan hal2 kesemuanya pada dia….tapi sekurang2nya….dgn adanya dia disisi…..rasa lega dan tenang itu ada……Mom….miss u!

Awal pagi….

Filed under: Luahan Hatiku....

Dari tadi kul 3 pagi…sampai skrg nih dah kul 7.13 pagi…masih lagi Fisha belum boleh lelapkan mata…..Hmmmmmm…..seksa sgt rasanya hati nih….Makin rasa nak lupa….Makin Fisha teringat2 hal tuh….Bila teringat je…kepala jadi makin sakit…air mata lak terus bercucuran…..emoticon

Dari semalam Fisha tak makan….tekak rasa loya lak….tapi mmg takde selera nak makan ape pun..cuma minum air putih je….Mata masih bengkak….Hari ni Fisha tak drive gi opis….takut jugak nak drive sebab tak tido kan…mana la tau nanti mata jadi ngantuk…..dah la jalan pagi2 jam kan….. So Fisha dah call taxi je tadi……maybe gi keje lambat sket..dlm kul 9.30am mcm tu…..Kalau ikutkan hati, nak je cuti…tapi memandangkan ada keje yang masih belum siap….terpaksa jugak la Fisha gagahkan diri…..walaupun badan rasa lemah dan tak berdaya…..emoticon

3 pagi…

Filed under: Luahan Hatiku....

Sekarang…..jam 3.49am…..Tiba-tiba je terbangun…..sakit kepala dah sedikit berkurang dari tadi….Fisha sampai kat umah dari opis tadi dah dekat pkl 12 malam…terus tido sebab sakit sangat2 kepala…mungkin kerana tangisan yang tak henti2 tu……

Dari semalam sampai hari ni…air mata Fisha kelihatannya terlalu murah……Setiap kali teringat hal tu….pasti air mata laju menuruni pipi nih….Walaupun Fisha rasa mcm nak lupakan dan nak buang hal tu jauh2 dari ingatan….tapi, mcm susah sgt..tak tau jugak la pasal pe….Hati terasa berdegup laju setiap kali teringat hal tu….Terasa diri ni mcm takde harganya….tak berguna……

Ya Allah….berilah hamba-Mu ini ketenangan….ketabahan menghadapi semua ni….emoticon 

August 23, 2007

Nangis…nangis…..dan nangis…..

Filed under: Luahan Hatiku....

Buat masa ni…tu je yg Fisha termampu nak buat……Nangis….dan nangis lagi….Di khianati oleh orang yang Fisha percayai..walaupun dah tak sepenuhnya kepercayaan Fisha kat dia…..Tapi, masih lagi Fisha nak simpan sedikit rasa percaya…dan kerna itu lah…..Fisha dpt….apa yg Fisha dah dpt hari ni…..Rasa ’sakit’ Fisha waktu nih..hanya Allah je yang tau….

Skrg….dah pkl 8.04pm…Fisha masih lagi kat opis…tak terdaya nak pulang…sejuk kaki tangan dan menggeletar seluruh badan ni rasanya……Tak tau la Fisha terdaya tak nak drive balik ari nih…..Apa yang ada difikiran Fisha….nak bersendiri je…..nak gi tempat yang Fisha leh duduk sorang2….

Dari kul 5.30pm tadi, Fisha dah nangis tanpa henti…..sampai lah ke saat ini….Tak tau mana hala nak dituju…..Kelas tuition malam ni pun Fisha dah cancel…..kelapa terasa berserabut sangat….Hati pun tak tenteram…..Rasa bingung memikirkan apa yang Fisha baru dapat tau tadi…….Terasa diri ni di pijak2 je….Kenapa ada orang yang sanggup tipu insan lain yang percaya pada dia??? Kenapa nak terus menipu???Berterus terang itu lebih baik….walaupun ia kadangkala menyakitkan….Yer…..kenyataan kadangkala sangat2 menyakitkan…..Tapi, lebih baik kita tau sendiri dari mulut orang berkenaan….daripada kita tau hal sebenar dari orang lain kan???? 

Buat awak yang sanggup buat Fisha macam nih…..terima kasih byk2…..kalau awak rasa…ini yang patut awak balas pada Fisha…dan ini yang patut Fisha dapat…..thank u so muchhhhhh!Takde perkataan apa lagi yang boleh Fisha ucapkan..melainkan itu je…sebesar2 terima kasih…..Selama hampir 8 tahun kita kenal…..ni je ke yang Fisha patut dapat??????? Apa yang jadi kali ni….dah cukup2 membuatkan hati Fisha tercalar luka yang amat dalam…..Kepercayaan yang Fisha bagi….tapi ini yang Fisha dapat sebagai balasan……thank u so much!!!!

Geramnyeee!

Filed under: Aktiviti Harian....

Eeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiii……geramnye! Semalam internet slow bangettttt…..balik je dari tuition, nak update blog dah tak leh…YM pun sama…..jap on…jap off….adeh la….emoticon

Nasib baik pagi2 ni ok je semua…..masuk2 opis terus Fisha bukak YM ngan gtalk….hehhehee…aaaahhhhh…lega….semuanya ok….blog pun dah leh masuk nih nampaknyeeee…..

Rasanya bukan Fisha je yang mengalami nasib macam tu semalam….ramai lagi kan….Miza pun semalam tak leh on…hehehhee..sebenarnya ada benda nak cakap ngan dia semalam tuh….Balik2 je tuition…terus pi kat depan PC….tgk2 dah tak leh on YM dah…..emoticon

Hmmmm..sambung keje dulu ehhhh….. 

August 21, 2007

Kursus kat skola lama…

Filed under: Aktiviti Harian....

Ari ni Fisha tak keje…ada kursus SPR kat skola lama….heheee…..lama lah tak masuk skola nih….windu bangettttt…..emoticon Kursus ni di adakan di dewan skola….seramai lebih kurang 700 orang hadir….Hehehehe…..best sebab leh jumpe kawan2 lama……kawan2 setempat kerja dulu (Mr. Muthu, Lynn)….Waktu kursus tu gak….tak sangka2 terjumpa cikgu yang mengajar Fisha masa skola rendah dulu….Cikgu Yassin…dia ngaja masa Fisha darjah 6…ajar subjek Alam dan Manusia….kalau zaman sekarang ni mcm Science lah….Dari jauh lagi dia dah kenal Fisha…siap tegur lagi…ingat lak dia nama Fisha nih….ye lah….sape tak kenal kan..murid nakallll…emoticon Segan je waktu jumpe dia tadik….kekekekke……Kat sana Fisha sempat snap beberapa pic….eheekkk..mcm biasa lah kan…..emoticon

 

Nih pic dalam dewan dimana kursus tu berlangsung….semua ni konon asyik la dengar taklimat….hahahaha…..

 

Ni tengah dengar taklimat ke sembang nihhhh? Heheehe….. 

Waktu rehat lebih kurang 1.5 jam..sempat la Fisha jalan2 kat situ sambil snap pic…hehehhee…..mengimbau memori lama…..Pic berhampiran ponds kat sebelah bangunan form 6…

 

 

 

 

Ini tempatnye Fisha selalu duduk2 waktu datang awal pagi ke skola dulu…hehehehee….datang awal selalunye…so mmg lepak sini arrrrr….emoticon Sambil2 tgk2 org yang lalu lalang….cuci mata pagi2…ahaaaaksssss….

 

Ni lak padang skola….besarrrrrr…..pernah kena lari 7 round nih dulu….hehehehe…..

 

Kalau tak salah…ni blok form 5 dulu…skrg ni tatau la…maybe dah tukar kan….Saje je snap pic part nih..sebab ada bendera Penang kat situ….emoticon

 

Bangunan blok form 6..waktu tahun 1997-1998 la….skrg ni Fisha tak pasti….Banyak memori2 indah kat sini…..emoticon Waktu lower 6..kelas Fisha kat tingkat 2…Waktu upper 6 lak kat tingkat 3…..

 

Ni tempatnya kitaorg dulu ramai2 turun nak ke kantin….mesti lalui ‘lorong’ ni dulu…kadang2 sempat lepak2 kat tepi2 tu dulu sebelum ke kantin….. 

Walaupun Fisha kat sini cuma 1 setengah thn je….tapi byk lah memori2 kat sini…..ahaaaakkksss……

Eeehhh..sebenarnya tadi kan..niat asal nak citer hal kursus…ni dah melalut2 citer memori lama lak kan….hehehhehee….emoticon 

Akhirnya…

Hahhhhh…akhirnya boleh gak upload pic kat photo bucket…ni pun dah tgh malam…dah kul 12 lebih….heehhehe….

Ari ahad lepas….Fisha kuar ngan bekas student….emoticon  Gi Midlands Park…..Sebenarnye Fisha gi sana sebab ada pesta buku..saje je nak tgk…kot2 ada buku2 yg best yg boleh dibeli….

Sampai2 je kat sana…kitaorg terus cari tempat utk makan…dah dekat kul 3..masing2 tak makan lagi..laparrrr…..Memandangkan dah tak byk tempat makan kat situ….Fisha ngan dia pilih utk makan kat Satay Hut….Makan tghari kali ni simple je…hhehhee….Fisha makan soto ayam, mushroom soup + garlic bread dan jus tembikai……Ni ada beberapa pic yang sempat Fisha snap…..Sempat snap pic soto…tapi mcm dah ilang lak pic tuh…emoticon

 

Ini nye Mushroom Soup + Garlic Bread nye…..garlic bread tu ok la…tapi mushroom soupnye..Ya Allahhhhhh! Pekat sgt2…tak sedap la….

 

Watermelon juicenye lak…hehehee..takde gule langsunggg…….

 

Sui Jing….yang temankan Fisha makan2 dan jalan2 hari tu…..Hhehehhee…Fisha snap pic dia masa tengah asikkkkk makan…..emoticon

 

Lepas makan2 tu….kita org proceed ke pesta buku kat tingkat 5……Ramai betullah…tapi kat situ byknye buku cina la….

 

Ni antara longgokan buku yang dijual dgn 50% diskaun…..tapi Fisha tak beli pun…emoticon

Last2 sekali….Fisha sangkut ngan sebuah buku dari PTS gak….buku ni dia kasi 20% diskaun….

 

Tak leh kasi komen apa2 lagi…..sebab baru je mula baca….hehehehe..belum abis….Judul buku ni…Mental Sihat….Moga2 buku ni bermanfaat la buat Fisha…..

August 20, 2007

Cuba dari tadi…

Filed under: Aktiviti Harian....

Dari siang tadi Fisha cube upload gambar kat photobucket sebenarnye…tapi tak leh masuk…sampai la dah malam ni pun…Nak post pic lunch semalam ngan gambar2 masa gi pesta buku tuh…adeh la…geram tul ngan photo bucket nih…..emoticon

Ari ni tak byk gak aktiviti…cam biasa je….cuma skrg ni kan cuti skola….so tuition buat siang lah…kelas petang ngan malam semua cancelllllll! yehaaaaaaaaaaaaaaaaa……emoticon 

Balik dari tuition…Fisha sambung satu lagi tuition kat umah….masa tu dah ngantuk sgt dah….lepas je student tu balikk….apa lagi, tido la sampai tak sedar2…..bangun2 je dah kul 9 malam…..!emoticon  Letih kot badan nih…semalam pun tido dekat2 kul 2 pagi….

Hehhehhee..ok la…nak mandi dulu..dah kul 10.36pm dah tauuuu…… 

August 18, 2007

Hidup Penuh Bicara!

Hidup penuh bicara
Ada benar ada dusta
Kuhanya manusia
Yang ingin kenal erti cinta

Langkah demi langkah
Ada tenang ada resah
Kuharungi dengan pasrah
Hidup begitunya lumrah

Ada kalanya aku terluka
Ada pun pula aku gembira
Umpama roda berputar masa
Begitu juga yang tak kusangka

Bersama kita mendaki
Kau dan aku serasi
Yang lalu dan yang kini
Kita lewati

Segala mimpi-mimpi
Segala janji-janji
Segala yang dinanti
Kita kecapi

Percaya dalam diri
Hati yang berani
Silih masa berganti
Tetap pendirian ini

Yang pergi yang kembali
Hidup bagai mimpi
Wajahnya bertukar ganti
Cinta tetap dihati

Lagu ni dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza…..Mesti ramai yg tak penah dgr….sebab tak berapa popular sgt lagu nih….Tapi, Fisha mmg suke….ni lagu dari album terbaru CT la….satu album dgn lagu Biarlah Rahsia tu….

Selain dari iramanye yg catchy….lirik lagu ni adalah penarik jugak….Kalau tak silap….lirik ni ditulis oleh CT sendiri…tapi Fisha tak berapa pasti lah….

Lagu ni membicarakan tentang lumrah kehidupan kita…kdg2 sedih….kdg2 gembira…kdg2 biase2 je…sama la mcm kehidupan yang Fisha lalui….ada waktunya gembira tahap gaban…emoticon  ada waktunya pulak…sedih…..pilu….gelisah…….dan mcm2 lagi la…..emoticon emoticon emoticon

Macam tu la kehidupan kita sebagai manusia ni…..tak lekang dari suka dan duka….Apa yang penting adalah cara kita menangani semua2 tu la….Sebagai orang yang dah dewasa….kita patut jadi lebih matang dan tabah utk hadapi hidup….Tapi, semuanya bukan semudah itu …cakap senang la….Bukan semua org ‘kuat’ utk hadapi dugaan hidup…

Sebagai insan biasa, Fisha cuma mampu berdoa supaya Allah berikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dlm diri Fisha.Moga diri ini lebih ‘dewasa’ dan matang dlm erti kata sebenar…seiring dengan peningkatan usia….Selain tu, diri Fisha sendiri akan cuba memperbaiki kelemahan diri….Cuba untuk sentiasa berfikiran POSITIF! Hhehhehehhe….sebab kan….Fisha ni mmg dari dulu….selalu je ingat yg negatif….So, skrg dah mula sedar yang cara cam tu cuma akan merosakkan dan menyusahkan diri je……Jadi….It’s time to change, Fisha!  emoticon Hmmmm…..apa lagi yang kena ubah ek…..mcm byk je…..kena nilai2kan diri nih….cari part mana yang harus diperbaiki…..emoticon

 

    Next posts »»






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M