Every Beat of My Heart……

September 27, 2007

Capek Dechhh…..

Filed under: Aktiviti Harian....

Dah beberapa hari Fisha tak update blog…..dlm hati rasa gak nak update….nak paparkan sesuatu disini….tapi, Fisha mcm takde idea pun…mungkin ni semua disebabkan keletihan yang amat sangat…..Tak tau jugak kenapa….tapi, yang nyata Fisha memang letih bangetttt…..

Sepanjang bulan posa ni…boleh dikatakan hampir setiap hari Fisha balik awal dari opis….kul 5.30 ptg dah keluar….jarang la nak stayback…Tapi, lepas keje biasanya mmg ada tuition menanti…Mungkin faktor ini lah yang menyebabkan keletihan ni….

Selain tu….mungkin jugak Fisha dah lama tak amik apa2 supplement…..bila keje byk….badan mudah jadi letihlah agaknya…..dulu, byk supplement yang Fisha amalkan seperti EPO, vitamin C, garlic pill….masa tu siap promote kat kengkawan suh makan gak…heehhee…tapi sekarang….Fisha pun dah tak amalkan….seperti dah mengabaikan kesihatan diri pulak….emoticon

Hmmm…ada sesapa nak cadangkan apa yang Fisha patut ambil utk kurangkan keletihan yang teramat sepanjang Ramadhan niiii? Sile2…kasi komen…..hehhehhee……. 

What’s your blogging personality?

Filed under: Aktiviti Harian....
Your Blogging Type is Artistic and Passionate
You see your blog as the ultimate personal expression - and work hard to make it great. One moment you may be working on a new dramatic design for your blog… And the next, you’re passionately writing about your pet causes. Your blog is very important - and you’re careful about who you share it with.
What’s Your Blogging Personality?
 
Hehehehe….ni blogging personality utk Fisha….mcm kebetulan je…ada yg betul tuh….emoticon 

September 24, 2007

What’s your true color?

Filed under: Bicara ku...

Take this test at Tickle

Your true color is Brown!

What’s Your True Color?
Brought to you by Tickle

You’re brown, a credible, stable color that’s reminiscent of fine wood, rich leather, and wistful melancholy. Most likely, you’re a logical, practical person ruled more by your head than your heart. With your inquisitive mind and insatiable curiosity, you’re probably a great problem solver. And you always gather all of the facts before coming to a timely, informed decision. Easily intrigued, you’re constantly finding new ways to challenge your mind, whether it’s by reading the newspaper, playing a trivia game, or composing a piece of music. Brown is an impartial, neutral color, which means you tend to see the difference between fact and opinion easily and are open to many points of view. Trustworthy and steady, you really are a brown at heart.

In life you can make your own decisions or let other people make those decisions for you. Being Above The Influence is about staying true to yourself, and not letting people pressure you into being less than you. So be yourself. Or be something less. It’s your call.

Hehehehe…true color utk Fisha….coklat/brown……layan jeeee la……walaupun sebenarnye color kegemaran Fisha ialah biru…This lately, Fisha suka purple gak…….

So, apa true color korangggg???? hehhehhee…..

~Maaf~

Filed under: Puisi Indah....

Suburnya rumpun pohon selasih
Daunnya nanti dipetik kerap
Ku mohon ampun darimu kasih
Sepenuh hati jiwa mengharap

Mengharap indah hidup bahagia
Kisah dahulu dilupa hendak
Ku semai janji pohon setia
Salah berlalu berulang tidak

September 23, 2007

My heartfelt condolences to Nurin’s family…..


Nurin Jazlin Jazimin…mangsa kekejaman manusia……setiap kali terbaca kisah Nurin….pasti hati tersentuh….sedih…hiba…..Cuma doa yang dpt di iringkan buat adik Nurin…..Moga aman disana…..

Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa……..

Hotlink Super Savers….

Filed under: Bicara ku...

Pertama kali dengar iklan tentang Hotlink Super Saver ni, Fisha rasa excited sgt… Mcm best je iklan ni…time tu Fisha dengar kat Radio Era….awal pagi masa nak gi keje…..teruja le sekejap….mana tak nye…..dpt buat panggilan dari jam 12 tgh malam hingga 12 tghari dengan hanya RM2…..best wooooo…….emoticon

Untuk mendapatkan perkhidmatan ni….kalau tak silap Fisha la….kita perlu mendaftar antara jam 12 tgh malam tu hingga 11.59 tghari keesokannya lah….pehtu kredit RM2 tu harus dihabiskan dlm waktu yg diberi tu jugak…Kalau SMS lak….leh dpt dlm 400 SMS gitu la…..

Fisha tak try lagik…. ramai kawan2 dah try….dorang kata mmg betul benda nih…hehehhee…..kena cari mangsa nak sembang tgh malam ni…..emoticon Ada sesapa yg dah guna ke service ni??? Comment plz……

 

September 22, 2007

Tagged by Kak Zana….hehehe…

Filed under: Aktiviti Harian....

Hehehhehe..sori Kak Zana..tadi tak perasan arrr…..emoticon

5 things in my bag

-Handphone

-Kunci Kete

-Compact Powder & Lipgloss

-Beg duit and of course duit la kan….hehehhe

-Kunci opis….ni penting….sebab selalu tertinggal je klu tak letak dlm beg….

read more …

September 21, 2007

Ingkar…..


This lately Fisha suke sgt lagu ni…..Ingkar by Bunga Citra Lestari…tak sangka suara dia ni sedap gak eh….irama lagu ni mcm easy listening lah…enjoy je dengar…….Tetiap pagi waktu nak gi keje sure dengar 2-3 kali punye sambil melalak dlm kete sorang2…hahhahhaa….

Ingkar

di saat cinta tercipta
semestinya aku merasa
di kala hasrat mendalam
semestinya aku berbalas

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih
jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam

semestinya aku mencinta
seharusnya aku menyayang
oh maafkan jika
semua ini yg kuberikan untukmu

dari hati kini kusadari
tak semestinya aku berkasih
jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam…..

Lirik pun dah ada ni…jom la nyanyi…ahaaaakssss…….

Sah mayat Nurin — Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi…

Filed under: Bicara ku...

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

read more …

Kes Nurin…

Filed under: Bicara ku...

Polis cadang ibu bapa Nurin buat ujian DNA semula

SHAH ALAM 20 Sept — Polis akan mencadangkan kepada ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, untuk menjalani ujian DNA kedua setelah mereka enggan mengakui yang mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Utama pada Isnin lepas adalah anak mereka.

read more …

September 20, 2007

Sekali lagi???

Filed under: Puisi Indah....

Hadir nafasmu dalam hidupku

Bersama cahaya indah

Menyinari hati kelam

Mendamai gelora jiwa…..

Tapi sayang…

Saat itu aku leka

Lantas aku lupa menghargai

Alpa pada masa…. 

Buat dirimu terluka

Kini..telah kusedari

Maafkanlah diri ini

Ampunkan kesilapanku…..

Izinku memperbaiki

Semua yang kunodai

Sudikah beriku peluang sekali lagi?????

 

 

 

September 19, 2007

Aku Cinta Padamu….

Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi

Tiba2 petang ni tingat nak tukar theme song utk blog kesayangan Fisha nih…hehehee….lagu lama ni… masa Fisha skola lagi dah ada lagu nih…..Aku Cinta Padamu…lagu dari album ke-2 Ct…..lirik lagu ni penuh simbolik buat Fisha……Tak tau cemana nak kasi ulasan lagu ni…tapi yang nyata…lagu ni penuh bermakna….tak terhurai dek perkataan…..emoticon

September 18, 2007

Mendalami Law of Attraction…

Filed under: Bicara ku...

Baru2 ni…ada beberapa orang yang agak rapat ngan Fisha….cuba memperkenalkan LOA ni pada Fisha…..bermula dgn bro Kiki…..kemudian Miza…Tapi, sejak awal lagi Fisha mmg mcm tak paham je apa yg dorang cakap tu…hehhehehe…serius…mmg dengar je….tapi tak paham pun…so dlm hati tertanya2 gak..apa la dorang dok cakap ni…Bro Kiki siap kasi web yang berkenaan dan juga judul buku yang patut Fisha baca tentang LOA nih….Walaupun dah didedahkan dengan maklumat2 sebegitu…..masa tu hati Fisha belum terbukak nak lihat LOA secara serius…tak terbukak lagi hati nak mengaplikasikan konsep ni dalam kehidupan….dan tak terfikir langsung nak cari maklumat tentang LOA ni….Fisha sekadar dengar je apa yang dorang katakan…

read more …

6 Ramadhan….

Filed under: Aktiviti Harian....

Hari ke-6 umat Islam menunaikan ibadah puasa…..Ya Allah…punye la letihnya Fisha ari ni…longlai je…rasa tak daya nak angkat tangan pun…adeh la…walaupun Fisha mmg biasa buat puasa sunat….tapi ni la yang dikatakan dugaan berpuasa Ramadhan kot ye….extra letih dari selalu…mcm tak bermaya je…..lepas je bukak posa rasa cam nak terus tido je…..

Ni pun still rasa sakit2 badan ni…mcm nak demam pun ada…..emoticon  Moga Allah beri kekuatan buat Fisha menempuhi Ramadhan ni….dan semoga ibadah Fisha diterima-Nya…amin…..

Dah dekat kul 10.30 malam…..nak solat isyak dan nak tido je la….lagi lak esok nak kena gi keje awal…bos ada kat opis 2 hari nih…emoticon 

September 16, 2007

Seperti Dulu…..

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau baik seperti dulu
Menghapuskan rindu yang
Sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Ku dambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah
Rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu
Kau tak pernah jauh
Kau dihatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta
Sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cinta ku tak mudah
Rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak
Pergi jauh,intuisi ku….

Jap tadi…tengah baring2…tiba2 tingat lagu ni..tak semena2 je pun….hehehe…iskkkk….gapo ni??? Mcm best je lirik lagu nih……tersentuh lak rase….lagi2 lak dgn suara Ezad tu..adeh la….

Lirik lagu nih….ceritanye…tentang seseorang yang menunggu kekasihnye…mengharapkan kekasihnye kembali seperti dulu….dlm masa yang sama….dia yakin….kekasihnya itu…dekat dihati….emoticon  Dan buat dirinya sendiri…..dia tak penah berhenti mengingati dan menyayangi kekasihnye itewww…..ahaaakkkksss…..

 

September 13, 2007

Ramadhan Menjengah Lagi….

Ramadhan menjengah lagi……Dan Ramadhan kali ni merupakan yang ke-2 kalinya Fisha berpuasa tanpa mak disisi…..Allah je yang tau…betapa sedihnya Fisha awal pagi nih….teringat mak sgt2….rindu nak dengar suara dia…..Rindu nak dengar dia ingatkan Fisha niat puasa…..walau dah besar2 ni pun…selalu dia la ingatkan Fisha…..Rindu nak makan sahur sama2….Rindu nak dengar dia kejutkan Fisha bangun dengan suara yang perlahan dan lembut tu….Rindu nak makan masakan dia…mak jarang memasak….selalu kat umah ni makcik yang masak…tapi ada sesekali dia masak…mmg best…..Ada beberapa menu yang mak tau Fisha suke…yang mak selalu buat kalau Fisha mintak…sejak mak takde…Fisha dah tak terasa nak makan semua tu…walaupun makcik boleh je buat semua tu untuk Fisha….

Moga roh mak aman bersemadi di sana….Fisha akan selalu doakan kesejahteraan mak….. Rindu sangat2 kat mak……..emoticon

Gempa Bumi Kuat Melanda Selatan Sumatera….

Filed under: Bicara ku...

KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama

Moga2 takde ape2 perkara buruk berlaku pada rakyat Malaysia mahupun teman2 dari negara jiran kita tuh…..Moga Allah lindungi semuanya….Amin….emoticon

 

September 12, 2007

Ashraf & Bunga…..

Filed under: Bicara ku...

This lately…Fisha tak byk mengikuti perkembangan artis….bukan saja artis Malaysia…artis luar negara pun sama gak la…..kadang2 tu, satu2 berita tu sampai dah heboh2 dan semua org dah tau…baru la Fisha dpt tau..tu pun kadang2 melalui internet je….biasanya melalui email lah….ataupun terdengar kawan2 bercerita….hehehehe…selalu ketinggalan bot……

read more …

September 11, 2007

Marhaban Ya Ramadhan……

Filed under: Aktiviti Harian....

Selamat Datang Bulan Ramadhan……….

Do’a Malaikat Jibril  :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;

Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkanadalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum’at.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bahagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do’a - do’a
dan kembali menjadi fitrah

"Selamat Berpuasa kepada semua"…

May You Have A Happy Birthday, Miza…..

Filed under: Puisi Indah....

Happy Birthday to U….Miza

May your happiness never end

May all your wishes come true

And all the sweetest thing in life

Comes to U……

 

May love be shown from near and far

For the loving and caring person U are….

You deserve a very happy day

May your birthday be special

In every way…….. 

 

 

    Next posts »»






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M