Every Beat of My Heart……

September 6, 2007

Hmmmmmm…… Malaysia Vs Indonesia????

Filed under: Bicara ku...

Susilo minta rakyatnya henti tunjuk perasaan

Daripada: SOPHA SULAIMAN

JAKARTA 1 Sept. – Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta tunjuk perasaan dan ugutan agar rakyat Malaysia diusir dari negara ini dihentikan kerana kerajaan Malaysia telah memohon maaf berhubung tindakan anggota polis yang dikatakan mencederakan pengadil karate Indonesia, minggu lalu.

Susilo menegaskan, permohonan maaf dan jaminan untuk menyelesaikan kes itu menerusi proses undang-undang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi melalui telefon kepada beliau, Khamis lalu sudah dianggap mencukupi.

Dengan itu, katanya, kerajaan Malaysia tidak perlu lagi membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media.

“Menurut Susilo, permintaan maaf itu merupakan cara yang terbaik. They do the best, apalagi melalui saluran telefon peribadi antara Presiden dan Perdana Menteri Malaysia,” demikian menurut jurucakap Presiden, Dino Patti Djalal yang dipetik dari akhbar Kompas hari ini.

Abdullah dilaporkan telah menelefon Susilo secara peribadi petang Khamis lalu ketika Susilo menghadiri satu mesyuarat di Bali dan (permohonan maaf) itu dianggap oleh Presiden republik ini dibuat atas nama kerajaan Malaysia.

Kes pengadil karate kebangsaan, Donald Luther Colopita yang mendakwa dipukul empat anggota polis semasa ditahan untuk diperiksa pada pukul 2 pagi Jumaat lalu di Nilai, Negeri Sembilan telah mengundang kemarahan pelbagai pihak di Indonesia.

Tunjuk perasaan anti Malaysia diadakan tiga hari berturut-turut di hadapan Kedutaan Malaysia, di sini dan pejabat konsul Malaysia di Medan dan Kalimantan.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi pihak Polis Diraja Malaysia juga telah menyampaikan surat permohonan maaf dan kekesalan di atas kejadian itu kepada Donald sekeluarga.

Surat itu diserahkan oleh Duta Malaysia, Datuk Zainal Abidin Zain kepada pengadil karate itu ketika dia sedang dirawat di Hospital Pertamina di sini, petang Khamis lalu.

Kompas juga melaporkan, Abdullah dikatakan mengulangi permohonan maaf itu kepada Naib Presiden, Jusuf Kalla yang mewakili Susilo semasa menghadiri upacara sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai bangsa yang beragama, rakyat Indonesia perlu menerima permohonan maaf itu, kata Jusuf.

Sementara itu, Susilo juga menyampaikan ucapan selamat menyambut perayaan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia yang disambut semalam.

– Mingguan

Tak sangka kes ni jadi besar sampai gini….awal2 ari tu Fisha dengar berita ni dari seseorang di Indonesia yang chat dgn Fisha….ingat mcm tak serius….waktu dia citer…..Fisha ingat kes ni dorang je yang tau…tak heboh2 kat Malaysia…rupe2nye dah bising2 kat sini gak….sampai ada adegan minta2 maaf semua…hehhehehhe…Fisha selalu ketinggalan bot arrrrr….emoticon

Kalau nak di ikutkan….memang salah anggota polis Malaysia tu main pukul2 orang gitu je….Tapi, dlm pada tu…kita kena ingat gak…nape polis Malaysia bertindak gituuuu…pasti ada sebabnya jugak lah kan….Walaubagaimanapun….., kalau dah ada pernyataan minta maaf dari Perdana Menteri sendiri…apa salahnya maaf memaafkan….. Kan selalu gak dikatakan kita 2 negara ni serumpun kan….jadi, tak yah la gaduh2 berpanjangan……kan best kalau semua berdamai????? Tak yah nak menuding jari…sapa salah dan sapa benar….Dah mmg pun negara kita berjiran kan….sooooo….PEACE je la….emoticon

Fisha tak nak la komen lebih2……tak mau tuduh sapa salah…sapa benar…Kedua2 pihak sepatutnya sama2 fikirkan……apa yang terbaik untuk dilakukan demi masa depan dan hubungan baik kedua2 negara…..PEACE 4EVA untuk Malaysia dan Indonesia…..hehehee…. emoticon

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://puteri79.blogsome.com/2007/09/06/hmmmmmm-malaysia-vs-indonesia/trackback/

  1. Aku sebagai orang indonesia juga minta maaf atas perbuatan anarkis terhadap malay, seperti membakar bendera, dll.
    Ga semua orang indonesia seperti itu ya…
    Aku salut sama malay yg bersikap lebih dewasa dan profesional dlm menghadapi masalah dgn indonesia.
    Btw, aku aga bingung dgn bahasa malay, jd bnyak kata2 yg ga ngerti, he..he.. Peace.;-)

    Comment by Rena — October 16, 2007 @ 12:50 am

  2. hehehhe…hai rena..peaceeee! :-)

    Comment by Administrator — October 18, 2007 @ 8:33 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

    






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M