Every Beat of My Heart……

September 6, 2007

Sabar…..

Filed under: Bicara ku...

Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

~ Mutiara Kata dari Khalil Gibran (1833-1931)

Mcm mana nak jadi org yg lebih bersabar…walaupun dlm keadaan hati yg menangis hiba….yg meronta2 mau kan sesuatu….. Tu persoalan yang selalu ada dlm minda Fisha…..sabarrrrr….sabarrrrrr….sabarrrrrr…..Dalam hati….Fisha selalu ingatkan diri sendiri supaya sabarrrrr…..tapi kadang2 hati nih degil……kurang sabar…atau lebih tepat lagi….mmg tak sabar pun sebenarnye…emoticon

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar….Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w…..Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman2 kita atau sesiapa saje bila mereka ni ditimpa sesuatu perkara yang tidak diingini mcm kehilangan org tersayang atau perkara2 lain boleh menimbulkan sedih dlm hati…..Terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita….Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat2 " Mahmudah" …..Banyak hadis2 Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin…..Jadinya…Fishaaaaaaa….sabarrrrrrrrrrrrrrrr………emoticon

15 panduan mengembangkan sifat sabar…. 

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15.  Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

Sumber: The Psychologist Magazine

Heheheheh…ni nasihat dan panduan buat semuaaaa….dan terutamanya  motivasi buat diri Fisha sendiri……emoticon  Fisha…..sekali lagi…..SABAR yeeeee…..

 

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://puteri79.blogsome.com/2007/09/06/sabar/trackback/

  1. ya sha .. sabar, seperti air yang mengalir …. :)
    pelan namun pasti .. akhirnya akan menemukan muara lautan luas.

    Kesabaranmu adalah ujian untuk dirimu sendiri … dan keberhasilan atas kesabaran itu akan membuat dirimu menjadi kian sempurna …

    Comment by didi — September 7, 2007 @ 8:26 am

  2. Wah..bro didi komen…
    sabar bak air mengalir…

    hmmm dalam maksud tuh….hehhhehe

    Comment by myza — September 7, 2007 @ 10:59 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

    






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M