Ashraf & Bunga…..
This lately…Fisha tak byk mengikuti perkembangan artis….bukan saja artis Malaysia…artis luar negara pun sama gak la…..kadang2 tu, satu2 berita tu sampai dah heboh2 dan semua org dah tau…baru la Fisha dpt tau..tu pun kadang2 melalui internet je….biasanya melalui email lah….ataupun terdengar kawan2 bercerita….hehehehe…selalu ketinggalan bot……
Baru2 ni Fisha dapat satu email tentang kisah cinta ashraf ngan bunga nih….Siap ngan gambar2 sekali lak tu…..Di tengah2 kekalutan rakyat Malaysia dan Indonesia bercakaran pasal kes polis pukul pengadil karate tu…tiba2 ada gak kes gini eh….hehehehe…..Yg satu lagi tu gado2….Kes yang ni lak ‘rapat terlampau’ laksss…..
Si Ashraf ni siap berani ngaku lagi…apa yang berlaku lahir dari ketulusan hati…adehhh la mamat nihhhhh…..
Kita rakyat Malaysia lah…org timur…..lagi pulak Islam kan….mcm2 la ragam artis2 kita nih….Apa2 pun..terpulang kat dia la….masing2 dah dewasa….dah leh menilai baik dan buruk kan….

Segan lak nak letak kesemua pic2 tuh….so sesapa yang rasa nak tgk….klik sini je la…..ahaaaakkssss…lagi pun…dah nak posa esok dah nih….tak elok letak pic2 gitu……kekkekke….
Bunga gadis istimewa
Oleh Norhadiani Baharom
KEGAGALAN kisah cintanya awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara, Ashraf Sinclair, 28, mengalihkan tumpuan kepada kerja manakala soal cinta ditolak ke tepi.
Namun manusia merancang, Tuhan menentukan. Dalam kesibukan kerja, Ashraf tewas pada panahan mata penyanyi Indonesia, Bunga Cinta Lestari, ketika mewawancaranya untuk program dikendalikan, Beat TV.
Ashraf mengakui, dia kini dilamun cinta dengan gadis cantik dan bertubuh seksi yang popular dengan lagu Cinta Pertama itu sejak pertemuan pertama mereka April lalu.
"Selepas putus cinta, saya pernah berkata mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja untuk membina kerjaya lebih kukuh. Namun melalui kerja juga saya dipertemukan dengan Bunga.
"Dari hari pertama, ada suatu perasaan yang aneh wujud. Perasaan itu sangat berbeza sehingga temu bual yang dijalankan tidak begitu lancar, seolah-olah pertama kali menemubual artis.
"Saya sedar saya mula jatuh hati padanya. Kami bertemu sekali lagi apabila Bunga berkunjung ke Malaysia untuk promosi albumnya diikuti pertemuan di Singapura ketika menghadiri Anugerah Planet Muzik," katanya.
Katanya, Bunga memenuhi ciri gadis idamannya kerana melihat dia seorang yang berwawasan.
"Setiap kali orang bertanya kepada saya mengenai wanita pilihan, saya selalu sebut sukakan gadis berwawasan. Tentunya kecantikan juga menjadi daya tarikan.
"Selain itu, saya suka sikapnya yang tidak mempedulikan kata-kata orang. Bunga bagi saya wanita bersemangat kental, berani dan dia akan melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga memperoleh apa yang dihajati," katanya.
Terbaru, gambar romantik ketika mereka bercuti di Bali, Indonesia disiarkan akhbar Indonesia kemudian disebarkan di Internet, hingga Ashraf tampil membuat sidang media baru-baru ini untuk memohon maaf dengan peminat.
"Keadaan yang berlaku di luar kawalan dan semua yang berlaku lahir dari ketulusan hati kami. Saya dan Bunga turut ditemani rakan lain.
"Saya tidak mahu lari daripada kenyataan atau membiarkan orang membuat tanggapan sendiri. Saya tampil membuat pengakuan dan terpulang kepada peminat mentafsirkannya," katanya.





Ashraf dan Bunga Cinta Lestari. Sorang dr malaya, sorang dr indon…
Nape ek pasal couple ni yg masuk blog ekau. Ada udang di sebalik mee ke?? hehhehehhe
Comment by myza — September 12, 2007 @ 9:15 pm
hahahhaa…nakal budak mija nih…….
Comment by Administrator — September 12, 2007 @ 10:36 pm
hehe.. ako rase gitu gak la.. patut le byk simpan lagu indon.. suma yg ako nk, ade je dia simpan.. huhu.. gedung mp3 indon aku!
Comment by Biskut Meri — September 13, 2007 @ 12:53 am
hahaha..siap jadi gedung dia tuhhh…
Comment by Administrator — September 13, 2007 @ 12:55 am