Seandainya ku tahu…
seandainya ku tahu.. 
dari awal lagi kukunci hatiku..
sebelum terukirnya namamu..
dalam setiap aliran darah dan sarafku..
seandainya kutahu..
akan kutepis jauh cintamu..
agar aku tak terguris dek sembilu..
menambah luka di hati nan satu..
seandainya kutahu..
kata janji bak hembusan bayu..
hilang di bawa angin yang lalu..
dusta menjadi mainan hidupmu..
telah kujauhkan cintaku darimu..
seandainya kutahu..
kau tak mungkin jadi pilihanku..
dulu.. kini .. selamanya ku tak mampu..
untuk memiliki dirimu..
tak mungkin jua dapat ku sakiti diriku..
hanya kerana dirimu yg penuh palsu..





waaaaaaaaa…..puitis deh puisi kamu neh…
cipta utk aku juga boleh???
Comment by myza — November 3, 2007 @ 12:00 am
sebuah kata adalah janji
harapan adalah sebuah angan belaka
seribu janji kau kata
bila itu hanya sebuah angan
tetap tidak tercipta jua
luka hati hanya luka pikiran
luka cinta adalah luka semu
karna sebenar yang kau tangisi
hanya dirimu, bukan dirinya
Comment by indra — November 3, 2007 @ 1:09 pm
hiks! hiks! ?_? numpang nangis….
btw pusinya bagus
Comment by undil — November 4, 2007 @ 6:57 pm
seandainya kutahu ….
tak perlu kutuliskan dengan kata-kata ini …
Comment by didi — November 14, 2007 @ 11:12 am