Wangian Melambangkan Personaliti Anda….
Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :
BUNGA-BUNGAAN :
- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
BUAH-BUAHAN
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
HIJAUAN SEMULAJADI
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !
ORIENTAL
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
KAYU-KAYAN
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.
Fisha terbaca artikel ni kat sebuah web…menarik je bila berbicara tentang soal wangian ni….Bagi Fisha sendiri….wangian buah-buahan dan oceanic menjadi pilihan….korang lak cemana?Hehehehhee….





ako pakai wangian stended je.. bau badan sendiri.. hehe
Comment by lepat — November 3, 2007 @ 2:43 am