Every Beat of My Heart……

November 5, 2007

Dialah yang ku kenal….

Kau ibarat air…

Sebesar mana batu yang menghalang

Sesempit mana sungai yang kau lalui

Kau tetap mengalir

Tetap terus bergerak

Walau pada tebing tinggi

Kau jatuh bak air terjun

Kau tetap terus mengalir

Hingga nanti…..

Tiba di destinasimu…

Di muara itu….

 

Sejernih air yang mengalir…

Begitulah hatimu…

Memancarkan wajah insan

Yang memandang padamu

Sesuci mutlak air itu…

Begitulah suci niat hati

Mencari makna hidup

Mengertikan makna berpasangan….

Dalam jerih terus mengalir…

Sabar pada tiap laluan

 

Doaku agar kelak

Tibanya nanti dimuara

Dia ketemu bahagia

Dengan senyuman tenang

Dan haruman syurga

Bersama disisi insan disayangi

Dan detik itu…

Bila dia kembali merenung lipatan silam…

Jiwanya tulus pada takdir…

Dan naluri itu beryukur

Kerana dialah air….

Yang tak pernah lelah untuk bangkit..

Pada tiap liku hidupnya….!!! 

Puisi ni dedikasi dari seorang teman bernama NUR utk fisha…..emoticon  Terima kasih Nur…..

 

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://puteri79.blogsome.com/2007/11/05/dialah-yang-ku-kenal/trackback/

  1. hehehehehe… utk sahabat yg punye semangat yg hebat!…

    Comment by nur — November 5, 2007 @ 10:12 am

  2. tumpang baca yer mbak fisha….

    Comment by myza — November 7, 2007 @ 2:42 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.

    






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M