Every Beat of My Heart……

December 11, 2007

You’re Still The One….Happy Anniversary to US…..

When I first saw you…I saw love. And the first time you touched me..I felt love. And after all this time..you’re still the one I love…

Looks like we made it
Look how far we’ve come my baby
We mighta took the long way
We knew we’d get there someday

They said, “I bet they’ll never make it”
But just look at us holding on
We’re still together still going strong

(You’re still the one)
You’re still the one I run to
The one that I belong to
You’re still the one I want for life
(You’re still the one)
You’re still the one that I love
The only one I dream of
You’re still the one I kiss good night

Ain’t nothin’ better
We beat the odds together
I’m glad we didn’t listen
Look at what we would be missin’

I’m so glad we made it
Look how far we’ve come my baby….

Looks like we made it….hehhehe…..Happy Anniversary to US…..yang ke berapa???? Hmmm…biarlah rahsia…emoticon May we live happily ever after….And may God Bless Us always…..emoticon Alhamdulillah….we still together….Moga apa yang kita ada hari ini…..berkekalan dan bertambah baik pada hari-hari mendatang….Insya Allah…..I miss U and will always ‘cayunk’ you…..

December 4, 2007

Penat!

PENAT!!! Tu je yang boleh Fisha katakan sekarang nih….penat..letih..lelah….emoticon semuanya membawa maksud yang hampir sama lah…..Dah seminggu lebih Fisha keje tanpa cuti…hampir setiap hari pulang lewat…semalam, Fisha pulang lebih kurang jam 11 malam..letih tak terkira…Pagi ni lak…kul 8 lebih dah kena ada kat opis..emoticon Bukan Fisha sorang….ada sorang lagi rakan setugas pun cam tu…mmg kami sama2 geram….Apatah lagi bila datang pagi ni…bos tanya…kitaorg buat pe?????emoticon Ada ke patut tanya gitu???? Takkan dok menari je dlm opis sampai tengah malam tuuuu?????

Ari ni Fisha ngan kawan yang sorang lagi tu….memang bengang dan tension sgt….kami dah terlampau letih…hari2 keje…hari ahad pun keje gak…tak cukup keje kat opis….terpaksa lak kadang2 bawak keje utk disiapkan dirumah…..penat tul….emoticon 

Tghari tadi tak sempat nak lunch pun…pagi pun tak sempat makan…cuma minum segelas nescafe…..semuanya disebabkan nak abiskan keje…takut terpaksa balik lewat malam lagi….. 

Akhirnye tadi, boleh gak balik sebelum matahari terbenam….Fisha ngan kawan2 kuar awal gak la dari opis..lebih kurang jam 6.30 ptg….Tak larat dah nak tunggu sampai lewat2……

Esok Fisha amik cuti…nak gantikan ari cuti Fisha minggu lepas…..Harap2 boleh la rehat……emoticon 

October 29, 2007

Erra, Emran selamat diijabkabulkan……

25-10-2007
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon sensasi, Erra Fazira, 33, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, di sini, malam ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Emran yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, sah menjadi suami kepada bintang terkenal itu setelah mereka mengikat tali pertunangan pada 7 September lalu.

 

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud di mana Erra diwalikan oleh bapa saudaranya sendiri, Burhanuddin Ridzuan.

Pada majlis tersebut, Emran telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran termasuklah mas kahwin sebanyak RM80 berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah sireh junjung, sebentuk cincin berlian, set barangan kemas, sejadah serta dua naskhah Al-Quran yang diminta sendiri oleh Erra sebagai pengganti wang hantaran.

Manakala antara hantaran oleh pihak perempuan pula ialah cincin, jam tangan, kamera dan baju.

Majlis berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan lebih 500 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah dua teman rapat Erra iaitu Umie Aida dan Zahida Rafik serta beberapa artis terkenal tanahair seperti Datuk Aziz Sattar Vanida Imran, Azwan Ali, Nikki, Yanie dan Zul Yahya.

Ini merupakan perkahwinan kedua bekas Ratu Cantik Malaysia itu manakala yang pertama untuk Emran.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Cutenye Erra kat pic ni….emoticon

 

Barang2 hantaran….

 

October 21, 2007

Lepas 11 hari di angkasa lepas: Muszaphar selamat pulang ke Bumi…..

Filed under: Bicara ku...

MOSCOW 21 Okt. - Selepas 11 hari berada di angkasa lepas, angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi.

Ia sekali gus memahatkan satu kejayaan bermakna dalam misi angkasa lepas pertama Malaysia dan penyertaan aktif negara dalam industri angkasa lepas, satu peristiwa yang satu ketika dahulu hanya mampu dimimpikan, di luar batas imaginasi Malaysia.

Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 1,500km dari sini pada kira-kira pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

read more …

October 11, 2007

Takbir Raya…

Filed under: Bicara ku...

Dekat2 nak Raya ni…rasa nak dengar takbir raya la pulak….hehehhee….sayu je hati Fisha tiap2 kali dengar takbir raya nih….serta-merta…..pasti teringatkan Mak…..


Salam Lebaran…..

Filed under: Bicara ku...

Baru jap tadi….dah diumumkan bahawa Hari Raya tahun ni…jatuh pada hari Sabtu….13 Oktober 2007…..

Selamat Hari Raya…Maaf Zahir Batin…Fisha ucapkan pada semua kawan2, teman2 bloggers…dan sesiapa saja yang mengenali Fisha…….Maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa…… Moga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua….Aminnnn….

Huh!!!!!!

Filed under: Bicara ku...

Tadi, lepas solat Maghbrib…..takde pe sangat nak buat….so, Fisha blog walking je lah….sampai la Fisha masuk ke satu blog nih….kepunyaan seorang gadis Indonesia….Memang sebelum2 ni pun Fisha suke je baca blog2 orang…saje je hiburkan hati….kadang2 citer2 dorang tuh memang lucu….ada gak yang boleh di buat pengajaran…ada jugak tulisan yang berbentuk ilmiah….so, dipendekkan cerita..mmg best la baca blog2 orang ni…walaupun sebahagian besarnya memang tak Fisha kenali…..

Ok….berbalik pada blog gadis Indonesia tadi…..di salah satu postingnya….dia ada menulis yang dia terjumpa satu link yang lucu….yang boleh buatkan dia tertawa….jadi Fisha pun rasa tertarik je..apa lah yang sampai boleh buatkan gadis manis tu tertawa kan….Fisha klik je link kat situ…..Aduiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!! Memang rasa terkejut lah bacanyee…..serta merta darah menyirap sampai ke kepala…..Fisha bukan lah nak bersifat perkauman ke…atau terlalu patriotik pada negara sendiri…..Cuma, sebagai rakyat Malaysia….bila Fisha baca je tulisan2 tu….terus rasa marah lah jugak…….Cemuhan dan cercaan pada negara Malaysia dan juga pada pemimpin2 kita…buatkan Fisha rasa geram sgt……Samalah jugak…..kalau ada kutukan2 yang membabitkan negara lain…pasti rakyatnya, sedikit sebanyak pun akan rasa marah…..Bagi Fisha, itu sesuatu yang normal lah….. Pada yang teringin nak baca apa yang dah Fisha baca tadi…..klik sini….

Fisha ada ramai jugak teman2 bloggers dari Indonesia..yang mana Fisha mmg agak akrab jugak dgn dorang nih… Jika ada teman2 dari negara jiran itu terbaca tulisan ini….Fisha tak berniat apa2 ya…cuma sekadar meluahkan rasa kesal, marah dan tidak puas hati di atas tulisan yang sebegitu……emoticon

October 10, 2007

Malaysia catat sejarah, angkasawan pertama negara berlepas….

Filed under: Bicara ku...

 

BAIKONUR (Kazakhstan) 10 Okt. - Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

read more …

September 24, 2007

What’s your true color?

Filed under: Bicara ku...

Take this test at Tickle

Your true color is Brown!

What’s Your True Color?
Brought to you by Tickle

You’re brown, a credible, stable color that’s reminiscent of fine wood, rich leather, and wistful melancholy. Most likely, you’re a logical, practical person ruled more by your head than your heart. With your inquisitive mind and insatiable curiosity, you’re probably a great problem solver. And you always gather all of the facts before coming to a timely, informed decision. Easily intrigued, you’re constantly finding new ways to challenge your mind, whether it’s by reading the newspaper, playing a trivia game, or composing a piece of music. Brown is an impartial, neutral color, which means you tend to see the difference between fact and opinion easily and are open to many points of view. Trustworthy and steady, you really are a brown at heart.

In life you can make your own decisions or let other people make those decisions for you. Being Above The Influence is about staying true to yourself, and not letting people pressure you into being less than you. So be yourself. Or be something less. It’s your call.

Hehehehe…true color utk Fisha….coklat/brown……layan jeeee la……walaupun sebenarnye color kegemaran Fisha ialah biru…This lately, Fisha suka purple gak…….

So, apa true color korangggg???? hehhehhee…..

September 23, 2007

My heartfelt condolences to Nurin’s family…..


Nurin Jazlin Jazimin…mangsa kekejaman manusia……setiap kali terbaca kisah Nurin….pasti hati tersentuh….sedih…hiba…..Cuma doa yang dpt di iringkan buat adik Nurin…..Moga aman disana…..

Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa……..

Hotlink Super Savers….

Filed under: Bicara ku...

Pertama kali dengar iklan tentang Hotlink Super Saver ni, Fisha rasa excited sgt… Mcm best je iklan ni…time tu Fisha dengar kat Radio Era….awal pagi masa nak gi keje…..teruja le sekejap….mana tak nye…..dpt buat panggilan dari jam 12 tgh malam hingga 12 tghari dengan hanya RM2…..best wooooo…….emoticon

Untuk mendapatkan perkhidmatan ni….kalau tak silap Fisha la….kita perlu mendaftar antara jam 12 tgh malam tu hingga 11.59 tghari keesokannya lah….pehtu kredit RM2 tu harus dihabiskan dlm waktu yg diberi tu jugak…Kalau SMS lak….leh dpt dlm 400 SMS gitu la…..

Fisha tak try lagik…. ramai kawan2 dah try….dorang kata mmg betul benda nih…hehehhee…..kena cari mangsa nak sembang tgh malam ni…..emoticon Ada sesapa yg dah guna ke service ni??? Comment plz……

 

September 21, 2007

Sah mayat Nurin — Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi…

Filed under: Bicara ku...

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

read more …

Kes Nurin…

Filed under: Bicara ku...

Polis cadang ibu bapa Nurin buat ujian DNA semula

SHAH ALAM 20 Sept — Polis akan mencadangkan kepada ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, untuk menjalani ujian DNA kedua setelah mereka enggan mengakui yang mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Utama pada Isnin lepas adalah anak mereka.

read more …

September 18, 2007

Mendalami Law of Attraction…

Filed under: Bicara ku...

Baru2 ni…ada beberapa orang yang agak rapat ngan Fisha….cuba memperkenalkan LOA ni pada Fisha…..bermula dgn bro Kiki…..kemudian Miza…Tapi, sejak awal lagi Fisha mmg mcm tak paham je apa yg dorang cakap tu…hehhehehe…serius…mmg dengar je….tapi tak paham pun…so dlm hati tertanya2 gak..apa la dorang dok cakap ni…Bro Kiki siap kasi web yang berkenaan dan juga judul buku yang patut Fisha baca tentang LOA nih….Walaupun dah didedahkan dengan maklumat2 sebegitu…..masa tu hati Fisha belum terbukak nak lihat LOA secara serius…tak terbukak lagi hati nak mengaplikasikan konsep ni dalam kehidupan….dan tak terfikir langsung nak cari maklumat tentang LOA ni….Fisha sekadar dengar je apa yang dorang katakan…

read more …

September 13, 2007

Gempa Bumi Kuat Melanda Selatan Sumatera….

Filed under: Bicara ku...

KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama

Moga2 takde ape2 perkara buruk berlaku pada rakyat Malaysia mahupun teman2 dari negara jiran kita tuh…..Moga Allah lindungi semuanya….Amin….emoticon

 

September 12, 2007

Ashraf & Bunga…..

Filed under: Bicara ku...

This lately…Fisha tak byk mengikuti perkembangan artis….bukan saja artis Malaysia…artis luar negara pun sama gak la…..kadang2 tu, satu2 berita tu sampai dah heboh2 dan semua org dah tau…baru la Fisha dpt tau..tu pun kadang2 melalui internet je….biasanya melalui email lah….ataupun terdengar kawan2 bercerita….hehehehe…selalu ketinggalan bot……

read more …

September 6, 2007

Sabar…..

Filed under: Bicara ku...

Orang yang berjiwa besar memiliki dua hati; satu hati menangis dan yang satu lagi bersabar.

~ Mutiara Kata dari Khalil Gibran (1833-1931)

Mcm mana nak jadi org yg lebih bersabar…walaupun dlm keadaan hati yg menangis hiba….yg meronta2 mau kan sesuatu….. Tu persoalan yang selalu ada dlm minda Fisha…..sabarrrrr….sabarrrrrr….sabarrrrrr…..Dalam hati….Fisha selalu ingatkan diri sendiri supaya sabarrrrr…..tapi kadang2 hati nih degil……kurang sabar…atau lebih tepat lagi….mmg tak sabar pun sebenarnye…emoticon

read more …

Hmmmmmm…… Malaysia Vs Indonesia????

Filed under: Bicara ku...

Susilo minta rakyatnya henti tunjuk perasaan

Daripada: SOPHA SULAIMAN

JAKARTA 1 Sept. – Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta tunjuk perasaan dan ugutan agar rakyat Malaysia diusir dari negara ini dihentikan kerana kerajaan Malaysia telah memohon maaf berhubung tindakan anggota polis yang dikatakan mencederakan pengadil karate Indonesia, minggu lalu.

read more …

    






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M