Every Beat of My Heart……

December 12, 2007

Kesedihan Itu….

Siapa kata tiada kesedihan di dalam diriku
Tika kau lihat senyum itu mekar sirna
Tatkala suaraku berlagu ria penuh gembira
Di sebalik kesyahduan rasa terkurung dan terhimpun
Lembaran dan coretan-coretan sejarah turun-temurun

Siapakah hatinya yang tak terluka dan dilukakan
Sedang aku sendiri terleka menghancur sebuah harapan
Sebuah cinta yang putih penuh keikhlasan
Kerna aku insan kadang-kadang ragu dan pilu
Kadang-kadang terharu dan simpati
Dan kadang-kadang tidak teguh berdiri

Dan hatiku juga pernah dileburkan
Luluh pedih bak kematian di hujung perjalanan
Yang sepi tanpa unggas rimba bernyanyi
Tanpa mekar mawar dan segar embun pagi
Dirobek kenangan dan rindu semalam

Namun kesedihan itu telah ku susun menjadi puisi
Untuk ku kenang di saat rindu melanda hati
Kerna saat itu tak mungkin berulang kembali
Kerna usia dewasa berupaya menepis segala
Kerna perjalanan semalam bisa menjadi titik permulaan
Dapat membendung kesedihan menjadi detik keceriaan…..

 

 

December 4, 2007

Surat Mohon Kerja….

Ada sorang kawan Fisha ni….nak mohon keje….biasenye ramai yang mohon keje menggunakan surat dlm bahasa inggeris….tapi, mungkin kali ni kawan Fisha ni nak mohon keje dengan kerajaan…so, lebih sesuai gunakan surat dalam bahasa melayu laa…..Fisha nak kasi dia contoh surat dlm bahasa melayu pun takde….jadinya, Fisha search je kat internet ni….Alih2 yang Fisha jumpe….surat yg buat Fisha gelak sampai nak terguling…hehhehe….emoticon Ini antara contoh surat yang Fisha jumpa….

Mohd Nurul Nizam
Kampung Demit
Kubang Kerian
Kelantan (rumah bapa saudara)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Nurul Nizam no k/p 821021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saye juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saye bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saye adalah seorang
ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saye bekerja saye serta
merta akan menyuruh bapa saye membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saye bekerja disini.Itu saja keotaian saye.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saye akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saye sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002
(MLVK)& Sijil Kejuruteraan Auto motive (Tahap 1&2) dari Institut latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu)

Staff pejabat di Gesundheit
Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saye tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saye ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saye berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saye berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saye tak tipu nie. Walaupun saye pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saye akan insaf juga jika saye dapat kerja ini. Saye tidak akan hisap ganja lagi jikalau saye dapat kerja disini. Sekiranya saye didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saye sahaja. Untuk makluman tuan saye sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saye akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saye juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saye nak mencuri saye akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saye pun dah penat menulis segalanya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saye bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Nurul Nizam)
Kampung Demit
Kubang Kerian
Kelantan.

 

November 28, 2007

To My Sweetheart…..

Sweetheart…,

I miss….

The whisper of your voice…

The warmth of your touch….

And all the wonderful times

That we shared together….

I am MISSING YOU every moment….

How are you today my dear? emoticon

 

November 8, 2007

Would U do the same thing????

A girl and guy were speeding over 100 mph on the road…

Girl: Slow down. Im scared.
Guy: No this is fun.
Girl: No its not. Please, its too scary!
Guy: Then tell me you love me.
Girl: Fine, I love you. Slow down!
Guy: Now give me a BIG hug.
*Girl hugs him*
Guy: Can you take my helmet off & put it on yourself? Its bugging me.

(On the paper the next day):

A motorcycle had crashed into a building because of break failure. 2 people were on it, but only 1 survived.

The truth was that halfway down the road, the guy realized that his breaks broke, but he didn’t want to let the girl know. Instead, he had her say she loved him & felt her hug 1 last time, then had her wear his helmet so that she would live even though it meant that he would die.

Would you do this for someone??

Hmmm…sedih….sanggup ke korang buat gini utk seseorang? emoticon  Hmmmm..ada ke orang nak buat gini utk Fisha? emoticon

November 5, 2007

Dialah yang ku kenal….

Kau ibarat air…

Sebesar mana batu yang menghalang

Sesempit mana sungai yang kau lalui

Kau tetap mengalir

Tetap terus bergerak

Walau pada tebing tinggi

Kau jatuh bak air terjun

Kau tetap terus mengalir

Hingga nanti…..

Tiba di destinasimu…

Di muara itu….

 

Sejernih air yang mengalir…

Begitulah hatimu…

Memancarkan wajah insan

Yang memandang padamu

Sesuci mutlak air itu…

Begitulah suci niat hati

Mencari makna hidup

Mengertikan makna berpasangan….

Dalam jerih terus mengalir…

Sabar pada tiap laluan

 

Doaku agar kelak

Tibanya nanti dimuara

Dia ketemu bahagia

Dengan senyuman tenang

Dan haruman syurga

Bersama disisi insan disayangi

Dan detik itu…

Bila dia kembali merenung lipatan silam…

Jiwanya tulus pada takdir…

Dan naluri itu beryukur

Kerana dialah air….

Yang tak pernah lelah untuk bangkit..

Pada tiap liku hidupnya….!!! 

Puisi ni dedikasi dari seorang teman bernama NUR utk fisha…..emoticon  Terima kasih Nur…..

 

November 2, 2007

Seandainya ku tahu…

seandainya ku tahu..
dari awal lagi kukunci hatiku..
sebelum terukirnya namamu..
dalam setiap aliran darah dan sarafku..

seandainya kutahu..
akan kutepis jauh cintamu..
agar aku tak terguris dek sembilu..
menambah luka di hati nan satu..

seandainya kutahu..
kata janji bak hembusan bayu..
hilang di bawa angin yang lalu..
dusta menjadi mainan hidupmu..
telah kujauhkan cintaku darimu..

seandainya kutahu..
kau tak mungkin jadi pilihanku..
dulu.. kini .. selamanya ku tak mampu..
untuk memiliki dirimu..
tak mungkin jua dapat ku sakiti diriku..
hanya kerana dirimu yg penuh palsu..

Wangian Melambangkan Personaliti Anda….

Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :

BUNGA-BUNGAAN :
- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

BUAH-BUAHAN
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Fisha terbaca artikel ni kat sebuah web…menarik je bila berbicara tentang soal wangian ni….Bagi Fisha sendiri….wangian buah-buahan dan oceanic menjadi pilihan….korang lak cemana?Hehehehhee….emoticon 

October 30, 2007

Ke makam bonda…

Ingatan buat ibuku yang telah tiada……

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Sajak indah buat ibu ini karya Usman Awang, sajak ni Fisha dah baca sejak zaman sekolah lagi……tiba2 je petang ni…..teringat sgt kat mak….hmmmm….rindu mak……Al-Fatihah buat mak……
 

 

October 26, 2007

Wahai Hati…

hati..
kau terlalu terluka
kau terlalu kecewa
sabarlah wahai hati
satu hari nanti dia akan mengerti
betapa kau menangis
betapa kau sedih
sabarlah wahai hati..

 

 

September 9, 2007

If….

If liking you was a mistake,
I would never be perfect.
If I had to sacrifice everything for you,
Everything would be gone in an instant.
If exercise was my obstacle from you,
I’d run a thousand miles.
If wishing everyday would get me you,
I’d wish every breathing moment.
If finding a genie meant being with you,
I’d search every lamp.
If going to prison meant I’ll be in your arms,
Put the handcuffs on me and take me away,
Because I am a prisoner of your love,
And I never want to be freed…..emoticon

 

August 29, 2007

Bicara Hati Luka…..

Tiada lagi indah
Selain dari seksa dan gundah
Ibarat patah sayapku
Terbang jua mencari arah
Moga kan ketemu bahagia
Biarpun hati luka bernanah…..

Ku kutip sisa-sisa janji
Yang kau lemparkan…
Biarpun pedih
Ku terima jua…
Tetap bersarang di mindaku…
Bagaimana bisa kau begini
Menyulam manik-manik
Dari airmataku..
Untuk kalungan
Buah hatimu…….

Mampukah mengerti kekasih?
Betapa cinta rumah igloomu
Nyaman dan cantik..
Nun jauh di kutub sana..
Namun andainya di pindahkan ke arabia
Ia kan mencair dan hilang sekelip mata….
Tatkala mentari memancarkan cahaya……

August 27, 2007

Sekeping Hati….

luka sekeping hati,
sukar untuk diubati,
parutnya kekal abadi,
akan kubawa hingga ku mati,

bicara sekeping hati,
andai aku engkau lukai,
sakitnya tidak terperi,
berbisa bagai nak mati,

namun, ketabahan sekeping hati,
mampu untuk menempuhi,
biar sering disakiti,
itulah kemampuan sekeping hati…

August 13, 2007

Berdoalah…..

Berdoalah kepada Yang Maha Pencipta
Moga kebahagiaan menjelma
Biar jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah sekali-kali menyerah
Kerana jika kita mengalah
Sesungguhnya kita telah membunuh harapan
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
Adalah orang yang percaya harapan sentiasa ada……emoticon

~Dipetik dari salah sebuah puisi Arab~

 

Best kan puisi Arab ni…Fisha suke sgt…. emoticon

August 6, 2007

Love is…….

Love is the greatest feeling,
Love is like a play,
Love is what I feel for you,
Each and every day,
Love is like a smile,
Love is like a song,
Love is a great emotion,
That keeps us going strong,
I love you with all my heart,
My body and my soul,
I love the way I keep loving,
Like a love I can’t control,
So remember when your eyes meet mine,
I love you with all my heart,
And I have poured my entire soul into you,
Right from the very start……..

August 2, 2007

~Kiranya Aku Ada Sesiapa…~

Ada sesuatu yang berbicara
Seolah olah berbisik
padaku……
Seolah-olah
Ia meluahkan kembali padaku
Apa yang tersirat dihati
Apa yang disimpan dihati
Seolah olah memujuk diri ini
Berdirilah kembali
Hadapilah dunia ini…..

Kiranya aku punya sesiapa….
Untuk meluahkan kata-kata
Mengungkap sebuah kesedihan
Melahirkan lara di hati….

Kiranya aku punya sesiapa….
Tidaklah aku begini
Bertemankan air mata
Yang mengubat sedihku…

Kiranya aku punya sesiapa….
Berdirilah aku di kaki sendiri
Menjadi insan tabah menghadapi realiti
Bukan pasrah di alam fantasi

Sayangnya…
aku tidak punya sesiapa… .
emoticon

    






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M