Every Beat of My Heart……

November 8, 2007

Cinta….

Filed under: Puisi Indah....

Cinta itu indah…

Cinta itu kadangkala menyakitkan….

Cinta itu menyeimbangkan….

Cinta itu menyempurnakan…

 

Cinta itu kadangkala tidak terluahkan….

Cinta itu hanya dirasakan di sudut hati…..

Jangan biarkan cinta mengalahkan dirimu…..

Bangkitlah dari mimpi indah itu…..

 

Jadikan cinta itu semangatmu…..

Jangan lelah mencari cinta sejati….

Kerana cinta bukan untuk dikejar…

Tetapi dipupuk dan dijaga kemurniannya… 


 

Hari cuti…..yehaaaaa….

Filed under: Aktiviti Harian....

Hari ni..hari cuti….pagi2 lagi Fisha dah keluar gi ngaja tuition….buat extra class…..Hari yang sejuk….hujan je dari tadi..best……rasa nyaman je…emoticon Pagi tadi sempat try satu produk baru…yang Fisha beli beberapa hari lepas….hehehe..dah lama nak beli scrub nih….2-3 ari lepas sempat la keluar beli scrub dari Sariayu ni….

Hadirkan sensasi Lulur dan Mandi dalam 1 langkah dengan LULUR SPA 2 IN 1 dari seri Sariayu Putih Langsat. Menjadikan kulit putih cerah, harum dan lembut terawat setiap hari.

DENGAN 3 MANFAAT UTAMA DARI BAHAN-BAHAN ALAMI:

  1. memutihkan kulit : dengan Ekstrak Buah Langsat
  2. merawat kulit tetap halus : dengan butiran Scrub Alami dari jagung
  3. refreshing : diperkaya dengan Orange Essential Oil yang menyegarkan
Scrub ni wangi la..mcm wangian oren….tapi butiran scrub dia tak kasar, kira halus gak la…. so rasa mcm tak bersih je guna…..tapi tak pe la…ni baru 1st time guna…..tgk la lepas 2-3 kali guna…..harap2 ok la….emoticon

 

November 7, 2007

Happy Deepavali!

Filed under: Aktiviti Harian....

Fisha ucapkan ‘Happy Deepavali" pada semua yang menyambut perayaan ini….(Hehehehhe..ada ke orang India yang singgah ke blog nih….hentam je laaa…) Yeyyyy..esok cuti…walaupun cuma sehari…tapi kira ok la kan…cuti gaksss…hehhehehe….. emoticon

November 5, 2007

Dialah yang ku kenal….

Kau ibarat air…

Sebesar mana batu yang menghalang

Sesempit mana sungai yang kau lalui

Kau tetap mengalir

Tetap terus bergerak

Walau pada tebing tinggi

Kau jatuh bak air terjun

Kau tetap terus mengalir

Hingga nanti…..

Tiba di destinasimu…

Di muara itu….

 

Sejernih air yang mengalir…

Begitulah hatimu…

Memancarkan wajah insan

Yang memandang padamu

Sesuci mutlak air itu…

Begitulah suci niat hati

Mencari makna hidup

Mengertikan makna berpasangan….

Dalam jerih terus mengalir…

Sabar pada tiap laluan

 

Doaku agar kelak

Tibanya nanti dimuara

Dia ketemu bahagia

Dengan senyuman tenang

Dan haruman syurga

Bersama disisi insan disayangi

Dan detik itu…

Bila dia kembali merenung lipatan silam…

Jiwanya tulus pada takdir…

Dan naluri itu beryukur

Kerana dialah air….

Yang tak pernah lelah untuk bangkit..

Pada tiap liku hidupnya….!!! 

Puisi ni dedikasi dari seorang teman bernama NUR utk fisha…..emoticon  Terima kasih Nur…..

 

November 2, 2007

Seandainya ku tahu…

seandainya ku tahu..
dari awal lagi kukunci hatiku..
sebelum terukirnya namamu..
dalam setiap aliran darah dan sarafku..

seandainya kutahu..
akan kutepis jauh cintamu..
agar aku tak terguris dek sembilu..
menambah luka di hati nan satu..

seandainya kutahu..
kata janji bak hembusan bayu..
hilang di bawa angin yang lalu..
dusta menjadi mainan hidupmu..
telah kujauhkan cintaku darimu..

seandainya kutahu..
kau tak mungkin jadi pilihanku..
dulu.. kini .. selamanya ku tak mampu..
untuk memiliki dirimu..
tak mungkin jua dapat ku sakiti diriku..
hanya kerana dirimu yg penuh palsu..

Wangian Melambangkan Personaliti Anda….

Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :

BUNGA-BUNGAAN :
- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

BUAH-BUAHAN
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Fisha terbaca artikel ni kat sebuah web…menarik je bila berbicara tentang soal wangian ni….Bagi Fisha sendiri….wangian buah-buahan dan oceanic menjadi pilihan….korang lak cemana?Hehehehhee….emoticon 

October 30, 2007

Ke makam bonda…

Ingatan buat ibuku yang telah tiada……

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Sajak indah buat ibu ini karya Usman Awang, sajak ni Fisha dah baca sejak zaman sekolah lagi……tiba2 je petang ni…..teringat sgt kat mak….hmmmm….rindu mak……Al-Fatihah buat mak……
 

 

October 29, 2007

Emran & Erra Private Wedding Reception…

Friday 26th October, 8pm, Passion Restaurant, Jalan Yap Kwan Seng.

Ni gambar2 yang Fisha dapat dari forum dan blog Vernon - Mr. Manager 

 

Cantik gileee baju Erra ni….emoticon

 

Sessi potong kek…..

 

 

 

Selamat Pengantin Baru buat Erra dan Engku Emran…..Moga kekal bahagia ke hujung nyawa…..emoticon 

Erra, Emran selamat diijabkabulkan……

25-10-2007
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon sensasi, Erra Fazira, 33, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, di sini, malam ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Emran yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, sah menjadi suami kepada bintang terkenal itu setelah mereka mengikat tali pertunangan pada 7 September lalu.

 

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud di mana Erra diwalikan oleh bapa saudaranya sendiri, Burhanuddin Ridzuan.

Pada majlis tersebut, Emran telah menghadiahkan tujuh dulang hantaran termasuklah mas kahwin sebanyak RM80 berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Antara barangan hantaran oleh pihak lelaki ialah sireh junjung, sebentuk cincin berlian, set barangan kemas, sejadah serta dua naskhah Al-Quran yang diminta sendiri oleh Erra sebagai pengganti wang hantaran.

Manakala antara hantaran oleh pihak perempuan pula ialah cincin, jam tangan, kamera dan baju.

Majlis berlangsung sekitar jam 8.30 malam itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan lebih 500 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan artis.

Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah dua teman rapat Erra iaitu Umie Aida dan Zahida Rafik serta beberapa artis terkenal tanahair seperti Datuk Aziz Sattar Vanida Imran, Azwan Ali, Nikki, Yanie dan Zul Yahya.

Ini merupakan perkahwinan kedua bekas Ratu Cantik Malaysia itu manakala yang pertama untuk Emran.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Cutenye Erra kat pic ni….emoticon

 

Barang2 hantaran….

 

Dalmatian Night….

Hari Khamis lepas….25 October….Fisha gi graduation student2 lama kat Methodist College…..Fisha pernah keje situ…..lama gak…4 thn lebih…..So, waktu dorang nak abis form 5 ni…Fisha turut dijemput malam tu……Tema malam tu….Black and White….ala2 Dalmatian gitu la….eheheh…….Lepas keje…Fisha gi sana ngan Cik Ainun…..Cik Ainun jugak penah keje kat tempat yang sama dulu……Majlis diadakan di Paradise Sandy Beach Hotel yang terletak di Tanjung Bungah….Makanan dihidangkan secara buffet….seramai lebih kurang 100 orang pelajar dan guru2 hadir….Sebenarnya, banyak pic jugak la yang sempat Fisha snap malam tu…tapi semua tu di kamera Cik Ainun….dia lak belum upload….ada 1-2 je pic dari handphone Fisha….

 

Soup..roti dan butter…sedap la soup tuuu…..emoticon

Lain2 pic Fisha kena tunggu Cik Ainun kasi lah…..Cik Ainun….ooooo…. Cik Ainun….cepat arrrr upload pic tu……emoticon 

 

October 26, 2007

Doa ku Harapan ku…..

Kala manusia ada dalam derita
Dunia ini kan terasa neraka
Airmata tak cukup untuk berkata
Amarah bukanlah caranya bicara

Panjatkan doa, pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Katakan kehendakmu kabulkan Ya Robbi
Diriku berlumur dosa
Mungkinkah akan kembali fitrah?

Panjatkan doa, pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Panjatkan harapanmu kabulkan Ya Robbi
Diriku berlumur Dosa
Mungkinkah akan kembali fitrah?

Adakalanya manusia alpa lupa
Terlelap di dalam buaian asmara
Jangan percaya tipu daya dunia
Tangis dan tawa takkan kekal selamanya

Panjatkan doa, pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Selamatkan akhiratmu kabulkan Ya Robbi
Ya Robbi….

Lagu dari Kris Dayanti…best pulak lirik dia…memberi kesedaran….. Irama lagu ni pun boleh tahan gak….cuma maybe lagu ni tak popular kat Malaysia la…tak penah dgr pun sebelum ni…..

Time hati tengah sedih sayu ni…bagus gak dengar lagu2 gini….Boleh mententeramkan….

Wahai Hati…

hati..
kau terlalu terluka
kau terlalu kecewa
sabarlah wahai hati
satu hari nanti dia akan mengerti
betapa kau menangis
betapa kau sedih
sabarlah wahai hati..

 

 

October 23, 2007

Takde mood….

Dari awal pagi….Fisha bersemangat je…gi keje..walaupun sampai lewat sket..tapi tetap bersemangat….hehhehe….Keluar dari rumah awal je…tapi disebabkan hujan….jalan pun mcm biasa la….jem….

Menjelang tengahari…..Fisha tetap bersemangat….buat keje pun tak terasa je…masa berlalu….tgk2 dah dekat kul 1…..

Abis je keje….dlm kul 6 cam tu Fisha kuar dari opis….Aduiiiii…..jalan jem lagikkkkkk!!!! Bayangkan Fisha terperangkap dlm jem tu lebih kurang 1 jam……Jam 7.30 baru Fisha sampai rumah…..Mase tu dah ngantuk sangat dah pun…letih je jadinye….emoticon

Malam ni kul 8.30 Fisha gi tuition….mcm biasa la…..ke rumah Adeleen…tak berapa jauh la rumah dia dari rumah Fisha nih….

 

Adeleen yang suke sgt main ngan patung anjing dia tuh…hehhehe…. 

Hmmm..tapikan malam ni ada org yang buatkan mood Fisha terganggu sket…rasa tak best je…..Ntah la nape…..iskkkk…..emoticon Sebabkan hal kecik tu…Fisha rasa tak best je….emoticon Nak tidow je la….emoticon Moga mood esok OK balik la….

October 21, 2007

Lepas 11 hari di angkasa lepas: Muszaphar selamat pulang ke Bumi…..

Filed under: Bicara ku...

MOSCOW 21 Okt. - Selepas 11 hari berada di angkasa lepas, angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat kembali ke bumi.

Ia sekali gus memahatkan satu kejayaan bermakna dalam misi angkasa lepas pertama Malaysia dan penyertaan aktif negara dalam industri angkasa lepas, satu peristiwa yang satu ketika dahulu hanya mampu dimimpikan, di luar batas imaginasi Malaysia.

Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama Komander, Fyodor Yurchikhin dan Juruterbang Penerbangan, Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan, kira-kira 1,500km dari sini pada kira-kira pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia), selepas 3 jam 23 minit perjalanan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

read more …

October 19, 2007

Disini Untukmu…..

seandainya kau tau
betapa
ku sangat inginkan dirimu
seandainya kau tau
apa yang
ada di dalam isi hatiku

akankah bisa ku nyatakan
rasa cinta dalam hatiku
dan apakah bisa ku nyatakan
bahwa kaulah yang terindah
untukku…

masih disini menantimu
berharap kau akan memikirkanku
masih disini menunggumu
menanti jawaban atas cintaku

masih disini menantimu
berharap cinta kita kan bersatu
masih disini menunggumu
menanti dirimu kembali
untuk ku…

Lagu dari feveret band Fisha…UNGU…yeah..yeah…hahahhaha..Mmg suka sgt lagu2 dorang nih…..muzik best..lirik2 puitis..Korang perasan tak kalau lirik2 lagu Indo ni biasanya luar biasa puitis…..bahase dorang tuh…aduiiii..menyentuh jiweeee tuuuuuu…emoticon  Lagu ni Fisha dengar kat internet je…..mmg tak penah dgr kat radio di Malaysia nih pun…byk la lagu2 UNGU yang mmg sedap di dengar…..tatau la lagu ni baru ke lama…tapi yang pastinya mmg besttt….!emoticon

Lama tak update nih…..

Filed under: Aktiviti Harian....

Adeh…lama dah tak update blog nih..walaupun ada je sebenarnye citer yang Fisha nak ceritakan….tapi cam malas lak….iskkk nape ntah…..Inilah yang dinamakan Raya Break…hahhahahhaa……ni rasenye lebih seminggu tak update nih…..walaupun mcm tu…Fisha ari2 belek blog nih tau….tak penah misssssss!!!! emoticon

Tadi kat shoutbox Kak Zana suh update blog….katanya nak nengok pic raya…hahahha…Fisha kan suka amik pic…tapi mmg tak suke amik pic sendiri….suke amik pic org je…. Nanti lah kak ye…kalau nanti ada pic yg sesuai….Fisha letak pic sendirik…..emoticon

Ni baru je balik dari Prangin Mall…..letih bangettt….1st day keje nih…byk je keje nak buat….. rasa nak buta mata ni nengok PC tau….adehhhhh..emoticon Insya Allah esok leh la kot ‘isi’ blog nih……emoticon

Fisha ngantuk…..esok keje lagik nih…byk keje menunggu esok…..gud nite semua…..emoticon 

October 11, 2007

Takbir Raya…

Filed under: Bicara ku...

Dekat2 nak Raya ni…rasa nak dengar takbir raya la pulak….hehehhee….sayu je hati Fisha tiap2 kali dengar takbir raya nih….serta-merta…..pasti teringatkan Mak…..


Salam Lebaran…..

Filed under: Bicara ku...

Baru jap tadi….dah diumumkan bahawa Hari Raya tahun ni…jatuh pada hari Sabtu….13 Oktober 2007…..

Selamat Hari Raya…Maaf Zahir Batin…Fisha ucapkan pada semua kawan2, teman2 bloggers…dan sesiapa saja yang mengenali Fisha…….Maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa…… Moga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua….Aminnnn….

Huh!!!!!!

Filed under: Bicara ku...

Tadi, lepas solat Maghbrib…..takde pe sangat nak buat….so, Fisha blog walking je lah….sampai la Fisha masuk ke satu blog nih….kepunyaan seorang gadis Indonesia….Memang sebelum2 ni pun Fisha suke je baca blog2 orang…saje je hiburkan hati….kadang2 citer2 dorang tuh memang lucu….ada gak yang boleh di buat pengajaran…ada jugak tulisan yang berbentuk ilmiah….so, dipendekkan cerita..mmg best la baca blog2 orang ni…walaupun sebahagian besarnya memang tak Fisha kenali…..

Ok….berbalik pada blog gadis Indonesia tadi…..di salah satu postingnya….dia ada menulis yang dia terjumpa satu link yang lucu….yang boleh buatkan dia tertawa….jadi Fisha pun rasa tertarik je..apa lah yang sampai boleh buatkan gadis manis tu tertawa kan….Fisha klik je link kat situ…..Aduiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!! Memang rasa terkejut lah bacanyee…..serta merta darah menyirap sampai ke kepala…..Fisha bukan lah nak bersifat perkauman ke…atau terlalu patriotik pada negara sendiri…..Cuma, sebagai rakyat Malaysia….bila Fisha baca je tulisan2 tu….terus rasa marah lah jugak…….Cemuhan dan cercaan pada negara Malaysia dan juga pada pemimpin2 kita…buatkan Fisha rasa geram sgt……Samalah jugak…..kalau ada kutukan2 yang membabitkan negara lain…pasti rakyatnya, sedikit sebanyak pun akan rasa marah…..Bagi Fisha, itu sesuatu yang normal lah….. Pada yang teringin nak baca apa yang dah Fisha baca tadi…..klik sini….

Fisha ada ramai jugak teman2 bloggers dari Indonesia..yang mana Fisha mmg agak akrab jugak dgn dorang nih… Jika ada teman2 dari negara jiran itu terbaca tulisan ini….Fisha tak berniat apa2 ya…cuma sekadar meluahkan rasa kesal, marah dan tidak puas hati di atas tulisan yang sebegitu……emoticon

October 10, 2007

Malaysia catat sejarah, angkasawan pertama negara berlepas….

Filed under: Bicara ku...

 

BAIKONUR (Kazakhstan) 10 Okt. - Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).

read more …

«« Previous posts    Next posts »»






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Naoko M